PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh

Maksud

Setiap sesuatu hendaklah wajar pada tempatnya.

Contoh ayat

Hadiah hendaklah diberikan mengikut sumbangan kerana berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh

    Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.

  2. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi

    Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang ramai pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.

  3. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

    Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

  4. Biar lambat asalkan selamat

    Tak perlu tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan, asalkan hasilnya baik.

  5. Ada rotan, ada duri

    Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.

  6. Ada padang, ada belalang

    Ada negeri tentulah ada rakyatnya.