PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang

Maksud

Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.

Contoh ayat

Gajinya kecil tetapi mahu berlagak seperti jutawan; berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang:

  1. Menegakkan sumpit tak berisi

    Orang bodoh (miskin) yang berlagak pandai (kaya)

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai kelip-kelip terbang malam

    Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.

  2. Bagai menarik rambut di dalam tepung

    Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati

  3. Bagai kambing dihalau ke air

    Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.

  4. Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

    Mementingkan diri sendiri, tidak bersepakat.

  5. Laksana pohon kayu tiada berbuah

    Ilmu yang tiada diamalkan.

  6. Seperti mati hidup semula

    Selamat daripada bahaya besar.