PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut

Maksud

Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.

Contoh ayat

Ahmad sibuk menghebahkan kerjanya, tetapi Aminah bekerja dalam diam dan berjaya. Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut:

  1. Air tenang menghanyutkan

    Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.

  2. Diam-diam ubi Simpulan Bahasa

    Seseorang yang pendiam tetapi banyak mempunyai ilmu pengetahuan dan rajin.

  3. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Pepatah

    Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  2. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

  3. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung

    Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

  4. Ditelan mati emak, diluah mati bapa

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  5. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan

    Tidak mahu mengakui kebenaran.

  6. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.