PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak

Maksud

Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

Contoh ayat

Guru yang berpengalaman itu dapat menilai sama ada muridnya faham atau tidak; berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak:

  1. Jauhari juga yang mengenal manikam Perumpamaan

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

  2. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya Pepatah

    Sangat cekap (pantas) memahami perkataan atau perbuatan orang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang

    Pendirian yang tidak tetap.

  2. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  3. Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga

    Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

  4. Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa

    Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

  5. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek

    Persahabatan yang sangat karib.

  6. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.