PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang

Maksud

Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

Contoh ayat

Di belakang pengetua dia lantang mengkritik, tetapi di hadapannya dia diam; berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang:

  1. Anjing menyalak tiada menggigit

    Seseorang yang bercakap besar tetapi penakut.

  2. Cakap besar Simpulan Bahasa

    Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

  3. Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor

    Bercakap besar di belakang-belakang saja.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa

    Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

  2. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah

    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

  3. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu

    Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

  4. Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat

    Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.

  5. Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya

    Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

  6. Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan

    Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.