PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap

Maksud

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

Contoh ayat

Melabur dalam skim cepat kaya itu umpama berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap:

  1. Alu pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  2. Arang habis besi binasa

    Pekerjaan yang sia-sia

  3. Bagai mencencang air Perumpamaan

    Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia.

  4. Daun keladi dimandikan

    Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

  5. Ikan di hulu tuba di hilir

    Perbuatan yang sia-sia.

  6. Seperti antan pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  7. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam Pepatah

    Orang lebih malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek

    Persahabatan yang sangat karib.

  2. Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang

    Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

  3. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  4. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang

    Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

  5. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

    Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

  6. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

    Orang yang arif dan rajin.