PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

Maksud

Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

Contoh ayat

Pengurus itu meletakkan jawatan sebelum dipecat; biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ada air, adalah ikan

    Ada penempatan adalah penduduk.

  2. Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya

    Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.

  3. Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

    Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan tetap.

  4. Ada nyawa ada rezeki

    Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.

  5. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

    Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  6. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

    Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.