PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Biar mati anak, jangan mati adat

Maksud

Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adat yang dipegang terpelihara; orang yang kuat perpegang pada adat.

Contoh ayat

Dahulu, sesetengah masyarakat berpegang kepada prinsip biar mati anak, jangan mati adat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

    Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.

  2. Ada air, adalah ikan

    Ada penempatan adalah penduduk.

  3. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula

    Orang yang berpura-pura tidak tahu.

  4. Ada padi masak, adalah pipit

    Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.

  5. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

    Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

  6. Membuang garam ke laut

    Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.