PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Biduk lalu kiambang bertaut

Maksud

Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.

Contoh ayat

Walaupun pernah bergaduh, dua beradik itu kini berbaik semula; biduk lalu kiambang bertaut.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat

    Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.

  2. Genting menanti putus, biang menanti tembuk

    Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.

  3. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher

    Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.

  5. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  6. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

    Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.