PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Buah hati

Maksud

Seseorang yang dikasihi atau kekasih.

Contoh ayat

Amira berasa tidak sabar untuk bertemu buah hatinya pada hujung minggu ini.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Buah hati:

  1. Belahan jiwa Simpulan Bahasa

    Kekasih hati, isteri

  2. Jantung hati Simpulan Bahasa

    Orang yang dikasihi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Ayam jalak

    Orang yang berani.

  2. Alah membeli, menang memakai

    Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.

  3. Telinga tipis

    Orang yang lekas marah.

  4. Tin kosong

    Bercakap besar tetapi kosong.

  5. Ganti rugi

    Bayaran atau pampasan yang dibuat atas kerugian atau kerosakan.

  6. Naik darah

    Menjadi marah