PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Maksud

Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

Contoh ayat

Marilah kita buang yang keruh, ambil yang jernih dan memulakan persahabatan yang baharu.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Buang yang keruh, ambil yang jernih:

  1. Kalau baik buat tauladan, kalau tak baik buat sempadan Pepatah

    Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  2. Ada rupa, ada harga

    Harga barang menurut rupanya dan keadaannya.

  3. Ada beras, taruh dalam padi

    Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

  4. Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni

    Setiap perkara akan dapat dilaksanakan sekiranya kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

  5. Genggam bara api, biar sampai jadi arang

    Seseorang itu hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat kejayaan.

  6. Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya

    Janji mesti ditepati.