Simpulan Bahasa
Buaya darat
Maksud
Seseorang yang jahat atau suka berfoya-foya dengan perempuan silih berganti.
Contoh ayat
Ibu menasihati kakak supaya berhati-hati dengan buaya darat yang pandai bermulut manis.
Simpulan Bahasa lain
-
Mati kutu
Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea
-
Alas perut
Makan sedikit buat sementara.
-
Hati kecil
Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)
-
Rabun ayam
Penglihatan yang kabur.
-
Serkap jarang
Membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa.
-
Banyak makan garam
Seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman.