PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud

Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Contoh ayat

Mereka bersahabat sejak kecil, bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bukit sama didaki, lurah sama dituruni:

  1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    Wujud permuafakatan dalam mengerjakan sesuatu, sama-sama menanggung susah dan senang.

  2. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek Pepatah

    Persahabatan yang sangat karib.

  3. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Pepatah

    Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

  4. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah Pepatah

    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

  5. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni Pepatah

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  6. Seikat bak sirih, serumpun bak serai

    Hubungan dan kerjasama yang sangat rapat bagi membentuk sebuah kumpulan yang kuat.

  7. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  8. Terapung sama hanyut, terendam sama basah Pepatah

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  9. Terendam sama basah, terampai sama kering

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  2. Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan

    Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

  3. Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak

    Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

  4. Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah

    Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

  5. Bagaimana rupa begitulah bayangnya

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  6. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher

    Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.