Bidalan
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Contoh ayat
Semua penduduk kampung bersetuju dengan cadangan untuk bergotong-royong di dalam pembinaan surau di kampung itu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat:
-
Bulat kata
Simpulan Bahasa
Sepakat dah sehati.
-
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat
Pepatah
Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
-
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar
Pepatah
Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.
-
Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah
Pepatah
Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.
-
Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling
Perkara yang sudah mendapat kata sepakat.
Bidalan lain
-
Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati
Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia
-
Memberi lauk kepada orang membantai
Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.
-
Laut ditimba tak akan kering
Kepandaian sesorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.
-
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri
Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
-
Buang yang keruh, ambil yang jernih
Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.
-
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.