Simpulan Bahasa
Bulat kata
Maksud
Sepakat dah sehati.
Contoh ayat
Penduduk kampung bulat kata untuk membina surau baharu.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Bulat kata:
-
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Bidalan
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
-
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat
Pepatah
Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
-
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar
Pepatah
Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.
-
Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah
Pepatah
Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.
-
Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling
Perkara yang sudah mendapat kata sepakat.
Simpulan Bahasa lain
-
Abu Jahal
Orang yang jahat.
-
Jatuh hati
Seseorang yang telah jatuh cinta atau kasihan.
-
Rabun ayam
Penglihatan yang kabur.
-
Berani mati
Sangat tekad.
-
Kaki bangku
Tidak tahu bemain misalnya bola
-
Lupa daratan
Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan