PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Burung terbang dipipiskan lada

Maksud

Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.

Contoh ayat

Dia meletakkan jawatan tetapnya kerana menunggu tawaran yang belum pasti; burung terbang dipipiskan lada.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Burung terbang dipipiskan lada:

  1. Belum beranak sudah berbesan

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  2. Belum duduk sudah berlunjur Bidalan

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

  3. Belum menetas sudah dibilang

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  4. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah Bidalan

    Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.

  5. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan Pepatah

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

  6. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Pepatah

    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  2. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam

    Orang lebih malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka.

  3. Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

    Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda.

  4. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  5. Dilambai tak nampak, diseru tak dengar

    Tiada mahu mendengar nasihat orang.

  6. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.