PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Buta hati

Maksud

Seseorang yang tidak mempunyai belas kasihan atau seseorang yang bengis.

Contoh ayat

Hanya orang yang buta hati sanggup mendera haiwan sedemikian rupa.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Alah membeli, menang memakai

    Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.

  2. Panas baran

    Cepat marah, sangat pemarah

  3. Buaya darat

    Seseorang yang jahat atau suka berfoya-foya dengan perempuan silih berganti.

  4. Kambing hitam

    Orang yang dipersalahkan.

  5. Akar umbi

    Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

  6. Cahaya mata

    Anak