Peribahasa
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar
Maksud
Cakap sahaja besar tetapi satu pekerjaan pun tidak terbuat.
Contoh ayat
Dia mengaku boleh menyiapkan projek itu dalam seminggu, tetapi sebulan berlalu tiada apa yang siap; cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.
Peribahasa lain
-
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
Jika beroleh sebarang keuntungan jangan dibuang dan jangan mencari lawan.
-
Bahasa menunjukkan bangsa
Setiap tingkah laku atau tutur kata yang dilafazkan oleh seseorang itu dapat menunjukkan asal-usul keturunannya.
-
Lagi murah, lagi ditawar
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
-
Hidup segan mati tak mahu
Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).
-
Diberi betis hendak paha
Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.
-
Orang berdendang di pentas, orang beraja di hatinya
Tiap-tiap orang yang berkuasa mempunyai kawasan masing-masing.