PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Cakap besar

Maksud

Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Contoh ayat

Jangan suka cakap besar jika tidak mampu melaksanakannya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Cakap besar:

  1. Anjing menyalak tiada menggigit

    Seseorang yang bercakap besar tetapi penakut.

  2. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang Pepatah

    Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

  3. Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor

    Bercakap besar di belakang-belakang saja.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Kaki lima

    Kawasan laluan di hadapan bangunan

  2. Curi tulang

    Pemalas; mengelat semasa membuat kerja.

  3. Ayam pemikat

    Orang yang dijadikan umpan untuk melaksanakan impian orang lain.

  4. Gulung tikar

    Muflis; menutup perniagaan kerana mengalami kerugian.

  5. Langkah kanan

    Bernasib baik.

  6. Lapang dada

    Berasa senang atau mempunyai perasaan yang sabar.