Simpulan Bahasa
Cari jalan
Maksud
Mencari ikhtiar, usaha dan idea untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh ayat
Kita mesti cari jalan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ini.
Simpulan Bahasa lain
-
Buah bibir
Buah mulut orang iaitu yang menjadi perbicaraan orang ramai dan selalu disebut atau diperkatakan orang.
-
Berani mati
Sangat tekad.
-
Naik minyak
Menjadi marah dan mengganas.
-
Ganti rugi
Bayaran atau pampasan yang dibuat atas kerugian atau kerosakan.
-
Bermuka dua
Tidak jujur.
-
Jalan tengah
Sesuatu keputusan yang dibuat tanpa adanya berat sebelah antara kedua-dua pihak.