PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Maksud

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

Contoh ayat

Walaupun sudah bertahun Along dan Angah bermasam muka, akhirnya mereka berbaik semula. Benarlah kata pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga:

  1. Air dicencang tak akan putus

    Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga

    Kembali ke tempat asalnya.

  2. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

  3. Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing

    Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.

  4. Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak

    Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

  5. Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  6. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan

    Tidak mahu mengakui kebenaran.