Perumpamaan
Cerdik bagai ekor kerbau
Maksud
Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.
Contoh ayat
Kerana mahu cepat kaya, dia menggadaikan rumahnya dan akhirnya ditipu; cerdik bagai ekor kerbau.
Perumpamaan lain
-
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang
Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan.
-
Bagai lalang ditiup angin
Tidak tetap pendirian.
-
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan
Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.
-
Seperti tikus jatuh ke beras
Orang yang terlalu gembira.
-
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja
Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.
-
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.