PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

Maksud

Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.

Contoh ayat

Ayah menguruskan wang gajinya dengan teliti kerana cermat masa banyak, jimat masa sedikit.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Cermat masa banyak, jimat masa sedikit:

  1. Air digenggam tiada tiris Perumpamaan

    Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.

  2. Bagai kepiting batu Perumpamaan

    Sangat berhati-hati/amat berkira untuk mengeluarkan wang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

    Usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati.

  2. Jerih menentang boleh, rugi menentang laba

    Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.

  3. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  4. Yang tegak disokong, yang lemah ditopang

    Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.

  5. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

  6. Dilambai tak nampak, diseru tak dengar

    Tiada mahu mendengar nasihat orang.