PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga

Maksud

Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

Contoh ayat

Apabila adik ditangkap kerana dadah, seluruh keluarga turut malu; cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  2. Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi

    Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya.

  3. Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  4. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung

    Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

  5. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan

    Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

  6. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan

    Tidak mahu mengakui kebenaran.