PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu

Maksud

Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

Contoh ayat

Kita tidak tahu niat sebenar orang yang baru dikenali kerana dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan

    Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

  2. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

    Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.

  3. Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung

    Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.

  4. Genting menanti putus, biang menanti tembuk

    Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.

  5. Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang mata pedangnya

    Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang.

  6. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak

    Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.