PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Dalam rumah membuat rumah

Maksud

Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.

Contoh ayat

Pegawai itu menggunakan kenderaan syarikat untuk perniagaan peribadinya; dalam rumah membuat rumah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari

    Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong.

  2. Belum tahu di pedas lada

    Belum ada pengalaman.

  3. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar

    Cakap sahaja besar tetapi satu pekerjaan pun tidak terbuat.

  4. Yang sakit hendak makan pulut, yang segar hendak makan gulai

    Nasib yang berbeza menyebabkan keinginan pun berbeza.

  5. Api padam, puntung masih berasap

    Sudah selesai tetapi masih dipercakapkan.

  6. Naik tak bertangga, turun tak berpintu

    Melakukan sesuatu perbuatan yang salah.