Pepatah
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada
Maksud
Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.
Contoh ayat
Walaupun hadiahnya kecil, terimalah; daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada.
Pepatah lain
-
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga
Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
-
Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang
Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..
-
Kalau tiada rotan, akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.
-
Alang-alang mandi, biar basah
Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.
-
Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga
Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
-
Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga
Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.