Pepatah
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah
Maksud
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
Contoh ayat
Pejuang itu enggan menyerah kepada penjajah kerana daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.
Set Komik Peribahasa BergambarLihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah:
-
Biar putih tulang, jangan putih mata
Bidalan
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
-
Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga
Pepatah
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
Pepatah lain
-
Tikus mati di lumbung padi
Betapa kayanya sesebuah negara, baik dari sumber asli mahupun kekayaan negara tetapi rakyat sendiri tidak dapat merasai dan menikmati kekayaan itu.
-
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa
Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.
-
Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak
Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.
-
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.
-
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam
Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.
-
Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.