PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan

Maksud

Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

Contoh ayat

Kerana terpengaruh dengan janji manis orang luar, dia meninggalkan kerjanya sendiri; dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan:

  1. Belum beranak sudah berbesan

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  2. Belum duduk sudah berlunjur Bidalan

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

  3. Belum menetas sudah dibilang

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  4. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah Bidalan

    Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.

  5. Burung terbang dipipiskan lada Pepatah

    Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.

  6. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Pepatah

    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

  2. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

    Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.

  3. Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa

    Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.

  4. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  5. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh

    Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.

  6. Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari

    Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.