PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Di mana api padam, di situlah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal

Maksud

Di mana mati di situlah dikuburkan.

Contoh ayat

Perantau itu meninggal dunia di tempat orang dan dikebumikan di situ; di mana api padam, di situlah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Jerih menentang boleh, rugi menentang laba

    Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.

  2. Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada

    Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.

  3. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul

    Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

  4. Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut

    Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.

  5. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  6. Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya

    Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.