PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Juga disebut: Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Maksud

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

Contoh ayat

David menjalani hidup mengikut resam penduduk setempat kerana baginya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung:

  1. Bumi dipijak, langit dijunjung

    Seseorang yang menurut nasihat dan mematuhi segala yang diarahkan.

  2. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

    Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.

  3. Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah Pepatah

    Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

  4. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak Pepatah

    Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kalau baik buat tauladan, kalau tak baik buat sempadan

    Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat.

  2. Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak

    Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

  3. Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

    Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

  4. Hati hendak semua jadi

    Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

  5. Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang

    Perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri).

  6. Gajah masuk kampung, kalau kayu tak tumbang, rumput layu juga

    Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).