Pepatah
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak
Maksud
Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda.
Contoh ayat
Kedai kopi tempat gadis manis itu bekerja sentiasa penuh dengan pemuda; di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak.
Pepatah lain
-
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar
Dalam keadaan yang serba salah.
-
Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
-
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.
-
Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan
Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.
-
Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang
Perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri).
-
Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.