PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Diam-diam ubi

Maksud

Seseorang yang pendiam tetapi banyak mempunyai ilmu pengetahuan dan rajin.

Contoh ayat

Adik memang diam-diam ubi; tiba-tiba sahaja dia mendapat semua A dalam peperiksaan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Diam-diam ubi:

  1. Air tenang menghanyutkan

    Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.

  2. Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut Pepatah

    Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.

  3. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Pepatah

    Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Kecil hati

    Berasa tersinggung

  2. Mandi kerbau

    Mandi tidak bersih.

  3. Cacing naik ke mata

    Kelakuan atau perbuatan yang melampau.

  4. Akal kancil

    Tipu daya yang licin.

  5. Paku mati

    Suatu hal yang tak boleh diubah lagi.

  6. Barang kemas

    Barang-barang perhiasan perempuan yang dibuat daripada emas atau intan berlian.