PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa

Maksud

Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

Contoh ayat

Majikan memberi cuti sehari, pekerja itu meminta seminggu pula; diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa:

  1. Bagai Belanda meminta tanah Perumpamaan

    Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.

  2. Beroleh sehasta hendak sedepa

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  3. Diberi betis hendak paha

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  4. Lagi murah, lagi ditawar

    Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.

  5. Makin murah, makin menawar

    Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras

    Setiap orang lazimnya mencari orang yang sepadan atau setaraf dengannya

  2. Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda

    Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

  3. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

    Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.

  4. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang

    Pendirian yang tidak tetap.

  5. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit

    Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

  6. Yang secupak tidak akan jadi segantang

    Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.