PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Didengar ada, dipakai tidak

Maksud

Nasihat yang sia-sia.

Contoh ayat

Nasihat guru kaunseling itu didengar ada, dipakai tidak oleh murid yang degil itu.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Didengar ada, dipakai tidak:

  1. Bagai mencurah air di daun keladi Perumpamaan

    Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.

  2. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri Pepatah

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Alang-alang mandi, biar basah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  2. Calak ganti asah, menanti tukang belum datang

    Menggunakan apa yang ada sementara menunggu yang lebih baik lagi (dipakai untuk sementara waktu sahaja).

  3. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  4. Harap hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

    Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.

  5. Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga

    Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

  6. Jerih menentang boleh, rugi menentang laba

    Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.