PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang

Maksud

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

Contoh ayat

Mahu melaporkan kesalahan sahabatnya, takut persahabatan putus; mahu berdiam diri, takut bersubahat. Dia benar-benar digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang:

  1. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu Pepatah

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  2. Ditelan mati emak, diluah mati bapa Pepatah

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  3. Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar Pepatah

    Dalam keadaan yang serba salah.

  4. Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka Pepatah

    Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Yang secupak tidak akan jadi segantang

    Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.

  2. Air beriak tanda tak dalam

    Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

  3. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  5. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.

  6. Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah

    Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.