PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Dikembar seperti benang

Maksud

Perempuan yang menduakan suaminya.

Contoh ayat

Penduduk kampung mencemuh wanita yang dikembar seperti benang itu kerana curang terhadap suaminya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai perahu karam sebelah

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  2. Bagai dakwat dengan kertas

    Persahabatan yang sangat akrab

  3. Seperti anai-anai makan kayu

    Mengerjakan sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali.

  4. Selama enggang mengeram

    Lama benar.

  5. Seperti bangsi buluh perindu

    Suara yang merdu dan lemah lembut.

  6. Bagai mencurah air di daun keladi

    Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.