PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari

Maksud

Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

Contoh ayat

Hidupnya mewah bertahun-tahun, tetapi tiba-tiba perniagaannya muflis; disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Enggang lalu ranting patah

    Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah.

  2. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya

    Seorang yang bersalah, semuanya dipersalahkan.

  3. Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu

    Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

  4. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi

    Melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan boleh disaksi.

  5. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  6. Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi

    Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya.