PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Maksud

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

Contoh ayat

Mahu memilih ayah atau ibu yang bercerai untuk tinggal bersama, anak itu berasa ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ditelan mati emak, diluah mati bapa:

  1. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang Pepatah

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  2. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu Pepatah

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  3. Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar Pepatah

    Dalam keadaan yang serba salah.

  4. Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka Pepatah

    Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya

    Seorang yang bersalah, semuanya dipersalahkan.

  2. Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

    Membesar-besarkan perkara yang kecil.

  3. Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut

    Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.

  4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

    Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

  5. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa

    Orang yang melihat sesuatu masalah sukar untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi oleh orang yang melaluinya.

  6. Kalau tiada rotan, akar pun berguna

    Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.