PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa

Maksud

Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

Contoh ayat

Peniaga kecil yang menyaman syarikat besar itu ibarat durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

    Membesar-besarkan perkara yang kecil.

  2. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  3. Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya

    Orang yang diam jangan disangka pengecut

  4. Air beriak tanda tak dalam

    Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

  5. Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

    Apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi.

  6. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.