PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat

Maksud

Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

Contoh ayat

Sebelum menjual tanah pusaka itu, eloklah berbincang dengan semua waris kerana elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat:

  1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bidalan

    Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  2. Bulat kata Simpulan Bahasa

    Sepakat dah sehati.

  3. Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar Pepatah

    Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.

  4. Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah Pepatah

    Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

  5. Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling

    Perkara yang sudah mendapat kata sepakat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  2. Enggan seribu daya, mahu sepatah kata

    Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.

  3. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Hati hendak semua jadi

    Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

  5. Malam berselimut embun, siang bertudung awan

    Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.

  6. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.