PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Emas berpeti, kerbau berkandang

Maksud

Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.

Contoh ayat

Simpanlah barang kemas di dalam peti besi bank, emas berpeti, kerbau berkandang, supaya tidak dicuri.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut

    Yang jahat itu tetap jahat.

  2. Ingat sebelum kena, hemat sebelum habis

    Kita hendaklah beringat dahulu agar tidak terpedaya dan agar harta tidak habis dengan sewenang-wenangnya.

  3. Tulang belakang

    Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan.

  4. Belut kena ranjau

    Orang yang cerdik kena tipu.

  5. Obor-obor airnya hitam

    Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.

  6. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

    Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.