Perumpamaan
Embun di hujung rumput
Juga disebut: Seperti embun di hujung rumput · Bagai embun di hujung rumput
Maksud
Keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama.
Contoh ayat
Hubungan antara Encik Yusri dan isteri keduanya tidak kekal lama, bagai embun di hujung rumput.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Embun di hujung rumput:
-
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul
Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.
-
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
Perumpamaan
Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.
Perumpamaan lain
-
Bagai jawi terkurung siang
Sangat gelisah kerana tidak bebas.
-
Umpama biawak bercabang lidah
Tidak dapat dipercayai barang katanya.
-
Bagai kelip-kelip terbang malam
Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.
-
Seperti kucing biang
Perasaan resah gelisah tanpa sebab.
-
Seperti anjing dengan kucing
Orang yang selalu bertengkar.
-
Bagai perahu karam sebelah
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.