PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Enau sebatang dua sigainya

Maksud

Seorang perempuan menduakan suaminya; suatu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang.

Contoh ayat

Projek itu kucar-kacir kerana diketuai oleh dua pengurus yang tidak sependapat, enau sebatang dua sigainya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Orang berdendang di pentas, orang beraja di hatinya

    Tiap-tiap orang yang berkuasa mempunyai kawasan masing-masing.

  2. Malang tak berbau

    Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

  3. Berbulu mata melihat

    Sangat benci.

  4. Pipit sama pipit, enggang sama enggang

    Pengelasan orang mengikut pangkat dan darjat.

  5. Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata

    Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.

  6. Gajah seekor, gembala dua

    Sesuatu pekerjaan atau urusan yang melibatkan perkara besar, dikemudi atau dibimbing oleh dua orang ketua.