PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Enggan seribu daya, mahu sepatah kata

Maksud

Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.

Contoh ayat

Disuruh membantu kenduri, ada sahaja alasannya; memang enggan seribu daya, mahu sepatah kata.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

    Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.

  2. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit

    Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

  3. Air beriak tanda tak dalam

    Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

  4. Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat

    Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.

  5. Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah

    Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

  6. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan

    Tidak mahu mengakui kebenaran.