Pepatah
Enggang lalu ranting patah
Maksud
Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah.
Contoh ayat
Setiap kali ada barang hilang di asrama, bekas pencuri itu yang dituduh; enggang lalu ranting patah.
Pepatah lain
-
Membujur lalu, melintang patah
Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.
-
Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula
Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
-
Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan
Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.
-
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba
Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.
-
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat
Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
-
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah
Kesedihan kerana kematian kekasih.