PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya

Maksud

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

Contoh ayat

Penjenayah itu kembali mencuri sebaik dibebaskan dari penjara; gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya:

  1. Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair

    Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

  2. Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut

    Yang jahat itu tetap jahat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Enggang lalu ranting patah

    Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah.

  2. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya

    Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.

  3. Bertanam tebu dipinggir bibir, rebung berduri di hati

    Berkata-kata manis di mulut tetapi di dalam hatinya jahat.

  4. Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang

    Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.

  5. Jerih menentang boleh, rugi menentang laba

    Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.

  6. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

    Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.