PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Gagak lalu punggur rebah

Maksud

Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.

Contoh ayat

Pegawai besar itu sengaja menyusahkan peniaga kecil untuk menunjukkan kuasanya; gagak lalu punggur rebah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Api padam, puntung masih berasap

    Sudah selesai tetapi masih dipercakapkan.

  2. Elok lenggang di tempat datar

    Bersuka-sukaan biarlah kena pada tempat dan masanya.

  3. Yang berpayung yang ditembak

    Jikalau anak buah yang bersalah tentulah yang akan dituntut ketuanya; orang yang berkuasalah tempat meminta pertolongan.

  4. Nasi tak dingin, pinggan tak retak

    Cermat melakukan sesuatu pekerjaan.

  5. Orang berdendang di pentasnya

    Orang berkuasa di kawasan sendiri.

  6. Sempit bertimpuh, lega berlunjur

    Menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan.