Pepatah
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit
Maksud
Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
Contoh ayat
Apabila pemimpin bertelagah, rakyat yang menanggung akibatnya; gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit:
-
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit di tengah
Pepatah
Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.
Pepatah lain
-
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah
Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
-
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak
Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda.
-
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek
Persahabatan yang sangat karib.
-
Alah bisa kerana biasa
Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.
-
Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain
Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.
-
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap
Membuat pekerjaan yang sia-sia.