PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah

Maksud

Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

Contoh ayat

Kedua-dua pengurus besar itu bergaduh, akhirnya pekerja bawahan pula yang dipecat; gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang

    Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.

  2. Genting menanti putus, biang menanti tembuk

    Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.

  3. Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa

    Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

  4. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragam

    Adat negeri selalu berlain-lainan.

  5. Bagaimana contoh begitulah gubahannya

    Sesuatu itu menurut asalnya.

  6. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

    Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.